Tentang Kami
Sekilas Bersama Ticer Sue
Lebih mesra dikenali dengan panggilan Ticer Sue dikalangan pelajarnya. Ticer Sue telah pun melibatkan diri dalam bidang Pengendalian Produk Makanan selama lebih 15 tahun sejak dari bangku sekolah lagi.
Berbekalkan Sijil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dalam bidang Pemasaran dan pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di sebuah Universiti tempatan, Ticer Sue lebih cenderung dan mempunyai minat yang mendalam pada bidang produk makanan.
Disamping mewarisi perniagaan keluarga, Ticer Sue telah menubuhkan syarikat sendiri yang memfokuskan pada bidang pembelajaran menyediakan produk makanan.
Dalam matlamat berksongsi pengalaman dan membantu mewujudkan satu komuniti usahawan produk makanan, secara tak langsung Ticer Sue telah membantu menaikkan taraf ekonomi keluarga dan melahirkan ramai usahawan berjaya.
Kini, ramai golongan yang termasuk wanita, peniaga kecilan dan juga usahawan yang telah mengikuti program yang dijalankan oleh Ticer Sue untuk menjana pendapatan dan meningkatkan jualan.
Lebih 20 Kelas PJJ Online tersedia dan mempunyai lebih 100,000 pelajar yang telah berjaya mengukiti program ini.